• Refleksi diri
  • Tugasan
  • Biodata Diri

refleksi 14

29/12/2015

 

Pengenalan kepada Helaian hamparan elektronik (Excel)
 pada minggu ini kami diberi tugas untuk membuat excel dan kami diberi penerangan  dan perbincangan tentang fungsi-fungsi microsoft excel dan google docs (spreadsheet) . kami diminta membuat excel ini secara individu . 
 perkara yang perlu kami masukkan ialah
  • masukkan data
  • Pemformatan 
  • Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja 
  • Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh: 
  • VLOOKUP
  • STDEV
  • AVERAGE
  • COUNTIF
  • Sort
  • Filter
  • Graph
 kemudian kami diminta memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar dalam sukan . saya telah memilih permainan badminton . setiap kemahiran saya meletakkan 10point kemudian kami diminta mengira dan meletakkan jumlah pada setiap nama dengan menggunakan formula mengira jumlah markah keseluruhan . pembelajaran hari ini dapat membantu mempraktikkan untuk masa hadapan .
 
 
​

refleksi 13

29/12/2015

 
Assalamualaikum..
 

kami perlu menghasilkan satu video berdasarkan tajuk pembentangan kami sebelum ini. video tersebut boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi seperti Powton, Movie Maker, Vegas Movie Editor dan sebagainya. saya dan ahli kumpulan telah berusaha sedaya paya menghasilkan sebuah video yang menarik dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki. 

Selain itu juga memberi keterangan tentang senarai semak tugasan bagi kursus ini GE1155 Komputer Dalam Pendidikan. kami diminta untuk menyemak kesemua tugasan yang perlu disiapkan di dalam kursus ini sebelum minggu peperiksaan akhir semester bermula. kami juga di beritahu tentang tarikh2 penting tentang tugasan dan peperiksaan. 

Sepanjang saya dan ahli kumpulan menghasilkan video tersebut, kami menghadapi sedikit masalah iaitu video yang kami telah  buat tidak disimpan .  walau bagaimanapun, kami berusaha menghasilkan video yang baru . Alhamdulillah berkat kesabaran kami dapat hasilkan video dengan jayanya. pengalaman saya menghasilkan video dengan menggunakan aplikasi animaker ini adalah penggunaan animaker ini memerlukan penerokaan dan kemahiran untuk mengahsilkan sesebuah video supaya video yang ingin dihasilkan mempunyai daya tarikan dan animasi yang menarik. kami harap video ini menarik minat penonton .

sekian terima kasih.

refleksi 12

29/12/2015

 
Picture
​ kami diminta membuat Video . video ini boleh menggunakan  pelbagai aplikasi dan perlu masukkn semua perkara dibawah.
  • Movie maker 
  • Audio
  • Video
  • Text
 sebelum membuat video kami diminta :
  • menghasilan video dalam kumpulan berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan 
  • Edit video menggunakan Movie Maker ataupun aplikasi lain 
  • Integrasikan elemen audio, video dan teks dalam pembangunan video.

refleksi 11

29/12/2015

 
Picture
Pada minggu ke 11 kami diminta membuat video . video ini di beri masa selama 3minggu . iaitu pada minggu ke11 , 12 dan 13 . Proses perancangan pembangunan video ialah:
  • Panduan dalam penyediaan reka bentuk media interaktif (teks, grafik, resolusi, warna, format fail, animasi,audio, video)
  • Prinsip persembahan
  • Story board
  • Skrip
pada minggu ini kami diminta membincangkan elemen-elemen dalam muttimedia. kemudian diminta membincangkan cara membuat story board dan skrip untuk mengahasilkan video berdasarkan tajuk yang diberi iaitu keselamatan komputer dan internet. 

refleksi 10

29/12/2015

 

Penerbitan Atas Meja (Desktop Publishing):
  • Microsoft Publisher
  • Microsoft Words
Pada minggu ini , kami telah diberi tugas untuk membuat brosur bagi setiap seorang . kami telah memmbuat brosur dengan mengunakan tajuk keselamatan komputer dan internet . saya menggunakan microsoft work untuk membuat brosur ini . daripada data yang telah diperolehi , saya meringkaskan lagi untuk dimasukkan didalam brosur . selain itu , saya meletakkan pelbagai gambar didalam brosur saya untuk membantu mencantikkan brosur Saya telah membina brosur dengan menggunakan prinsip Casper dengan menggunakan unsur
 teks, bentuk, imej dan warna yang menarik  yang saya pelajari pada minggu ke-5 tugasan 3. Sekarang barulah saya faham mengapa kami diminta pelajari kemahiran-kemahiran ini kerana kemahiran ini akan kami gunakan  di tugasan yang lain. Selain itu, 
kemahiran ini akan saya gunakan di masa hadapan kerana saya mengambil profesion 
perguruan dan di masa depan dunia yang semakin maju kehadapan akan menyebabkan pelajar-pelajar yang mahir dalam ICT. Ini memerlukan pendidik yang lebih mahir dalam bidang ICT . oleh itu banyak langkah yang perlu kite ketahui tentang keselamatan komputer dan internet.
​
Picture
Picture

minggu ke 9

29/12/2015

 
Picture
Proses penyelidikan (mini research):
  • Penulisan laporan penyelidikan berkaitan tajuk.
Pada minggu ini kami telah membuat laporan berkaitan dengan borang soalselidik yang telah kami buat pada minggu lepas . Laporan ini kami lakukan dengan merujuk borang soal selidik.   

LAPORAN PENYELIDIKAN
Tujuan penyelidikan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan mengenai keselamatan komputer dan internet . objektif kajian kami ialah mengkaji sejauh mana tahap kepentingan keselamatan internet dan komputer dalam kalangan pelajar. Selain itu , mengetahui tahap penjagaan keselamatan komputer dalam kalangan pelajar UKM.
Kaedah Penyelidikan kami menggunakan 
1.    Soal selidik melalui atas talian
- Borang soal selidik dibina melalui google form dan telah diedarkan melalui atas talian bagi mendapatkan maklumat daripada respondan. Borang soal selidik ini telah diedarkan melalui emel dan juga forum kursus Komputer Dalam Pendidikan.
 2.    Menganalisis data
- Data yang diperolehi daripada respondan telah dianalisiskan secara automatik kerana borang soal selidik tersebut dibina melalui google form

Picture

MINGGU KE 8

29/12/2015

 
Picture






​
 
kami menjalankan aktiviti, iaitu memahami konsep penyelidikan. 
Tuckman (1999) Penyelidikan dalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan.
         a) penyelidik bertanyakan soalan
         b) penyelidik mengumpul data
       c) penyelidik menjelaskan bagaimana data menjawab persoalan penyelidik

Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Soal selidik merupakan satu set soalan untuk mengkaji dalam bentuk tulisan. soal selidik ini adalah untuk mengkaji pendapat dan mengumpul maklumat . selain itu dapat menganalisis kekerapan sesuatu  perkara. soal selidik juga ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali sahaja. Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh penyelidik lain, mengubah suai instrumen berkenaan, atau membina sendiri item soal selidik itu. Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan penyelidik apabila tiba masa analisis data. 










refleksi 7

29/12/2015

 
Picture
Pada minggu ke-7 ini kami diminta melakukan aktiviti berkumpulan juga . kami diminta mencari maklumat berkaitan tujuan penyelidikan , proses penyelidikan , persediaan dan pembinaan item soal selidik . Kemudian kami diminta  bincangkan tujuan dan objektif kajian mini, dan senaraikan item untuk dimasukkan dalam soal selidik. kami diminta menggunakan Google Form dan  bina satu set soal selidik berkaitan tajuk yang diberikan. kami mendapat tajuk keselamatan internet dan komputer . Kemudian kami diminta memasukkan set soal selidik di forum Weebly, kongsikan pautan kepada Google form. borang soal selidik ini diedarkan melalui email .  kami menghantar email kepada pelajar IPTA untuk menjawab soalan berkenaan. kami menerima 26 responden .  Selepas mendapat semua responden kami diminta membuat laporan untuk tugasan ini. 

​Ini merupakan kerangka kajian penyelidikan: 

     1) Penyataan Masalah
     2) Tujuan Kajian
     3) Objektif Kajian
     4) Persoalan Kajian
     5) Sampel Kajian
     6) Kaedah Pengumpulan Data
     7) Instrumen Kajian
     8) Dapatan Kajian
     9) Rumusan
     10) Rujukan

refleksi 6

17/11/2015

 
Assalamualaikum..
  
Pada minggu ini kami diminta mencari maklumat berkaitan :
 Prinsip CASPER
  • Teks, grafik dan warna
Prinsip CASPER merupakan satu kaedah bagi menghasilkan slaid persembahan Power Point yang menarik dan berkeupayaan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada pengguna dengan berkesan. Prinsip CASPER merupakan akronim dari perkataan Contrast (kontra), Alignment (susunan lurus),Simplicity (mudah), Proximity (berhampiran), Emphasis (penekanan), dan Repitition (pengulangan). Berikut ialah huraian ringkas saya mengenai konsep CASPER.
​
Berpandukan bahan yang telah diperolehi dalam aktiviti Minggu 5 kami diminta bangunkan persembahan (Google Drive) Presentation  dengan mengaplikasi konsep CASPER, pemilihan teks, grafik dan warna yang sesuai .  kemuadian kami diminta bentangkan didalam kelas .

​   CASPER adalah berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut:

C - Contrast (Perbezaan yang ketara)
Contrast boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
1.font jenis besar dan jenis kecil
2.font berlainan muka taip
3.garis halus dan garis kasar
4.warna sejuk dan warna hangat
5.tekstur licin dan tekstur kasar
6.unsur mendatar dan unsur menegak
7.garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
8.grafik kecil dan grafik besar.


A - Alignment (Penjajaran)
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian kursus agar kelihatan menarik. Pembangun perisian kursus seharusnya pandai menyusun item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. 

S - Simplicity ( Ringkas )
Grafik dan animasi perlu ringkas, mudah dan dapat merangsang pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah.

P - Proximity ( Jarak Antara Objek )
Secara ringkas proximity boleh dikatakan sebagai reka letak dari aspek jarak antara teks, jarak antara grafik serta jarak antara teks dan grafik. 

E - Emphasis ( Penekanan )
Pembangunan paparan perisian kursus perlu kepada cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara dan maklumat yang hendak disampaikan melalui paparan. 


Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:

· saiz teks dan objek, 
· bentuk teks dan objek, 
· susun atur teks dan objek, 
· warna teks, warna objek dan warna latar, 
· grafik dan animasi. 

R - Repetition      Dalam keadaan tertentu, suatu mesej boleh diulang dengan menggunakan media yang berlainan termasuk media teks, grafik, audio atau animasi. Ini membolehkan pelbagai pengguna yang mempunyai kecenderungan berbeza terhadap media menggunakan sesuatu perisian kursus dengan tahap keberkesanan yang sama. 

  refleksi 5

4/11/2015

 
Picture
Assalamualaikum ..
Minggu ini kami diberi tugasan untuk mencari dan mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diberikan iaitu ;

1. Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security) 
2. komputer etnics netiquettee

 Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan . Tugasan diberi ini untuk kami untuk memahami tugasan yang diberi . kami iminta mencari dan mengumpul bahan dalam kumpulan berkaitan tajuk yang diberi. kami gembira kerana tajuk ini berkaitan dengan ICT kerana tajuk ini berkait rapat dengan kehidupan seharian . Kemudian diminta membuat powerpoint dalam google slides. kami telah bahagikan tugasan untuk mencari maklumat kemudian maklumat tersebut digabungkan dan dibincangkan. kami telah mencari definisi keselamatan komputer dan internet . Berdasarkan tajuk 'Keselamatan Komputer dan Internet' kami diminta menganalisis maklumat ini. OLeh itu , kami bercadang untuk mencari maklumat tambahan berdasarkan pelajar IPTA  kerana kini penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar IPTA amat berguna dalam pendidikan. Biarpun teknologi maklumat mendatangkan banyak manfaat kepada orang ramai, khususnya pelajar IPTA namun ianya tidak terlepas daripada ancaman-ancaman yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak. Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena pencerobohan komputer.Pencerobohan sistem rangkaian komputer merupakan individu yang boleh mendatangkan ancaman dan menyebarkan virus kepada komputer dan sistem rangkaian mereka akan cuba menyalah gunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan pelajar IPT dalam menangani masalah keselamatan komputer dan internet dalam kalangan pelajar IPTA.  Semoga maklumat ini dapat membantu kami.

​sekian terima kasih..


refleksi 4

5/10/2015

 
​Assalamualaikum dan salam sejahtera .. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana saya dapat meneruskan sesi pembelajaran minggu ke-4 dengan lancar. Minggu demi minggu, pembelajaran semakin mencabar kebolehan individu dan memberi banyak input  berkaitan komputer.
​
Picture
Pada minggu ini kelas kami didedahkan dengan perkara baru dan kami diminta mendapatkan maklumat mengenai Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) dengan menggunakan enjin pencarian dan mesti diupdate pada weebly masing-masing .

Maklumat boleh didapati dengan menggunakan mana-mana alat pencarian seperti Google, saya perlu mencari maklumat berkaitan CMS/LMS berdasarkan 5W1H iaitu What, Why, Where, Who, and How.Banyak yang telah saya perolehi mengenai CMS/LMS . Banyak sumber-sumber yang saya perolehi yang dapat saya ringkaskan. Contohnya :

Apa itu LMS/CMS ?
Kelebihan LMS/CMS ?
keburukan LMS/CMS ?

Hasil daripada pencarian berkaitan LMS/CMS ini, satu laporan perlu ditulis dengan menggunakan Google docs. Google docs adalah program dalam talian percuma yang membolehkan pengguna menyediakan dokumen, spreadsheet atau persembahan (secara dalam talian) . Ia juga membolehkan aktiviti perkongsian dan kerjasama dengan pengguna lain. Dokumen yang dihasilkan boleh dikongsi dan disimpan di atas talian.

Selepas itu, laporan yang dibuat melalui Google docs boleh dikongsi dengan rakan-rakan dan pensyarah. Google docs ini memudahkan setiap kumpulan untuk membuat perbincagan tanpa berjumpa .

Kesimpulannya, minggu ini saya dapat mengenal apa itu Course Management System (CMS) dan Learning Management System (LMS) denagn lebih terperinci. Pada waktu yang sama, saya dapat belajar tentang penggunaan google docs. Jika sebelum ini, saya lansung tidak tahu berkaitan kewujudan google doc namun, kini saya dapat mengetahui dan tahu cara menggunakan google docs ini . saya rasa amat bersyukur diberi peluang mempelajari subjek ini .
Picture
Picture

fefleksi 3

28/9/2015

 
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..

 Pada minggu ketiga  kami diminta membuat weebly, google drive dan sebagainya . Berasasakan panduan kami diminta mencipta akaun weebly yang mempunyai 1 blog refleksi , 1 page tugasan dan 1 page biodata diri. kami diminta mencipta akaun weebly kemudian menghantar URL weebly kepada Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin .  Weebly ini dicipta untuk menghantar semua tugasan yang diberi kemudian kami diminta menulis refleksi selepas selesai pembelajaran . tugasan yang diberi perlu diupload di dalam weebly . setiap seorang perlu mencipta weebly ini . 
Pada minggu ini kami didatangi oleh pelajar baru . Mereka diminta perkenalkan diri dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Kemudian mereka diminta membuat tugasan 1 seperti mencipta akaun gmail , weebly dan sebagainya . kami pula diminta mengajar dan membantu pelajar baharu tentang apa yang dipelajari pada minggu lepas . Setelah semua selesai ,  kami diminta membuat tugasan pertama iaitu membuat refleksi berkaitan minggu ke 3 dan mencari maklumat berkaitan komputer sebagai alat , guru , dan pelajar . Selepas selesai kami semua diterangkan cara menggunakan weebly , cara edit , dan sebagainya . Akaun weebly merupakan satu blog yang dimiliki oleh memudahkan semua pelajar berkongsi maklumat dan maklum balas tentang pelajaran sepanjang progam ini dijalankan .

 Minggu ini banyak perkara baru yang saya pelajari iaitu mencipta akaun gmail ,  weebly dan dropbox . sebelum ini saya tidak pernah tahu tentang akaun weebly , saya hanya mengunakan komputer untuk melayari laman social seperti facebook , twitter dan sebagainya . Saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari subjek ini .





Picture
Picture
Picture
Picture

refleksi 2

14/7/2015

 
Assalamualaikum 

    Pada sesi pembelajaran GE1155 yang pertama , kami diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli. Selepas itu kami diberi arahan untuk mencipta email menggunakan nama masing-masing. Selesai membuat gmail , kami terus mencari button untuk membuat Google Drive. Google Drive merupakan salah satu aplikasi milik Google yang berfungsi untuk menyimpan file secara online (memanfaatkan jaringan internet) secara percuma. Sehingga file-file tersebut dapat mudah diakses oleh pemiliknya sendiri tidak kira dimanapun keberadaannya. Asalkan tersedia komputer desktop, laptop, komputer tablet, ataupun smartphone yang terhubung dengan internet. Keutamaan dari Aplikasi Google yang satu ini adalah mampu disetting untuk peribadi mahupun dikongsikan dengan para pengguna sesama Google Drive lain. Bahkan memungkinkan untuk melakukan kolaborasi dalam pengeditan file dapat juga dilakukan. Setelah siap mencipta Google Drive , kami diminta pula untuk membuat aplikasi Dropbox. Dropbox adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda menyimpan gambar, dokumen, dan video di mana sahaja. Fail yang disimpan ke dalam Dropbox juga akan menjimatkan ruang komputer dan telefon anda. ini memudahakan kerja anda. Ini bermakna anda boleh membuat kerja pada komputer pejabat, dan menyelesaikannya pada komputer di rumah anda.  Akhir sekali , kami diminta untuk membuat signifiture yang terdiri daripada nama , fakulti , program , universiti dan tahun. Pada minggu ini saya dapat mengaplikasikan googe drive dengan lebih mendalam.


Sekian , terima kasih .

refleksi 1

13/7/2015

 
​Pada minggu pertama , kami diperkenalkan dengan kelas komputer dalam pendidikan . Kelas ini terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan SR1, SR2, dan SR3. Kami perlu memilih kelas yang sesuai mengikut waktu dan hari yang dikehendaki. Saya telah memilih kumpulan SR2 iaitu pada hari isnin jam 2 petang sehingga 5 petang yang diajar oleh Dr. Siti Fatimah . Kami didedahkan dengan pengenalan kursus tentang topik yang akan kami pelajari dan tugasan yang perlu dilakukan sepanjang mengikuti kursus ini. Kursus ini dapat membantu dari segi markah. Kehadiran juga diambil kira. Kelas seterusnya pada minggu kedua kami dapat mengetahui banyak perkara lagi. 
Picture
Picture

    PENULIS

    Nur Atikah Izzati Binti Mohd Hazizan
    Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sukan Dan Rekreasi),
    Fakulti Pendidikan,
    UKM.

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Refleksi diri
  • Tugasan
  • Biodata Diri