kami menjalankan aktiviti, iaitu memahami konsep penyelidikan.
Tuckman (1999) Penyelidikan dalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan.
a) penyelidik bertanyakan soalan
b) penyelidik mengumpul data
c) penyelidik menjelaskan bagaimana data menjawab persoalan penyelidik
Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Soal selidik merupakan satu set soalan untuk mengkaji dalam bentuk tulisan. soal selidik ini adalah untuk mengkaji pendapat dan mengumpul maklumat . selain itu dapat menganalisis kekerapan sesuatu perkara. soal selidik juga ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali sahaja. Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh penyelidik lain, mengubah suai instrumen berkenaan, atau membina sendiri item soal selidik itu. Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan penyelidik apabila tiba masa analisis data.